Ads Top

Main Ad

Hukum Bersettubbuh Sebelum Mandi Wajib Selepas Haid.

Soalan:

Assalamualaikum wbt,

Saya sudah berkahwin. Sewaktu isteri saya selesai tempoh haid, saya terus melakukan hubungan seksual dengannya tanpa menunggunya mandi wajib terlebih dahulu. Adakah saya berdosa? Saya adukan hal ini kepada sebahagian pihak dan mereka menjawab saya wajib membayar kafarah. Benarkah hal itu? Mohon penjelasan.

Jawapan:

Waalaikumussalam wbt.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat.

Adapun berkenaan dengan soalan yang ditanyakan, di dalam mazhab Imam al-Syafie, haram hukumnya seorang suami menyetubuhi isterinya dalam keadaan haid, atau dalam keadaan sudah terhentinya darah haid tetapi belum mandi. Ini berdalilkan firman Allah Taala:

وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطْهُرْنَ

Maksudnya: Dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubbuh) sebelum mereka suci.

(Surah al-Baqarah, 222)

Maka hukumnya berdosa besar bagi seseorang lelaki menyetubuhi isteri ketika haid, secara sengaja, mengetahui hukum haramnya, dan tanpa lupa dan dipaksa. Maka hendaklah dia bertaubat kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taubat. Suami juga disunatkan membayar kaffarah kepada golongan faqir atau miskin menggunakan matawang Islam, iaitu emas tulen.

Ini berdasarkan hadis Ibn Abbas r.a.:

إِذَا وَاقَعَ الرَّجُلُ أَهْلَهُ وَهِيَ حَائِضٌ إِن كَانَ دَمًا أَحْمَرَ فَلْيَتَصَدَّقْ بِدِينَارٍ وَإِن كَانَ أَصْفَرَ فَلْيَتَصَدَّقْ بِنصْفِ دِيْنَارٍ

Maksudnya: Jika seorang lelaki menyetubbuhi isterinya sedangkan dia sedang haid, jika darahnya berwarna merah maka hendaklah dia bersedekah dengan satu dinar dan jika darahnya kekuningan maka hendaklah dia bersedekah dengan separuh dinar

Riwayat Abu Daud. Al-Hakim mensahihkannya.

Bayaran itu hendaklah dibayar oleh si suami dan bukan si isteri kerana lelaki itu yang menyetubuh. Begitu juga jika dia bersetubbuh apabila berhentinya darah haid tetapi belum mandi, maka keadaan wanita itu dianggap sama seperti yang keluar darah kekuningan. Ertinya, sunat dibayar denda separuh harga dinar.

Rujuk al-Iqna` oleh Imam al-Khatib al-Syarbini (146-147)

Satu dinar adalah 4.25 gram emas dan separuh dinar adalah 2.125 gram. Manakala jenis emas yang mempunyai ketulenan yang tinggi adalah 24 karat (24k).

Justeru dalam kes di atas, hendaklah si suami bertaubat nasuha atas kesilapan yang dilakukan. Sunat dilakukan solat sunat taubat dan juga membayar kafarah separuh dinar emas kepada faqir dan miskin, walaupun kepada seorang.

Semoga Allah menerima taubat kita dan memperbaiki urusan kita.

Wallahua’lam.

Bercumbu Tapi Tidak Terjadi Jimak, Tetap Harus Mandi Wajib?

Bercumbu merupakan aktivitas yang sangat dianjurkan bagi suami istri dalam Islam. Setiap kali usai berjimmak atau bersetubbuh, pasangan suami istri harus menjalani mandi wajib atau mandi junub. Ini agar masing-masing dapat kembali menjalankan aktivitas ibadah seperti sholat atau mengaji.

Tetapi, dalam kondisi tertentu pasangan suami istri hanya bisa bercumbu. Aktiviti tersebut tetap boleh mendatangkan kenikmatan meski tidak terjadi jimmak.

Dalam kondisi ini, apakah suami istri tetap harus mandi wajib?

Penjelasan terkait masalah ini terdapat dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim, dari Ummu Salamah RA.

Ummu Salamah mendatangi Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam seraya berkata, ‘Ya Rasulullah, sesungguhnya tidak malu dari kebenaran, apakah seorang wanita harus mandi jika dia mimpi junub?’ Beliau bersabda, ” Ya, jika dia melihat (keluar) manii.”

Hadis ini menunjukkan keharusan wanita mandi junub meski tidak terjadi jimak. Penyebabnya, wanita yang bersangkutan sudah melihat air manii suaminya.

Ibnu Qudamah dalam kitab Al Mughni memberikan penjelasan sebagai berikut.

” Keluarnya manii dengan memancar dan diiringi syahwat, menyebabkan wajib mandi, baik laki-laki maupun perempuan, baik saat tidur atau bangun. Ini merupakan pendapat pada ahli fiqih umumnya. Tirmidzi menyatakan, ‘Saya tidak mengetahui ada perbedaan dalam masalah ini’. Rasulullah mengaitkan kewajiban mandi dengan melihat dan menyaksikan manii, dengan sabdanya, ‘Jika dia melihat manii.’ Jika dia melihat manii, maka ketetapan hukumnya terkait dengan itu, tidak dengan yang lainnya.”

The post Hukum Bersettubbuh Sebelum Mandi Wajib Selepas Haid. appeared first on Real Merah.




Powered by Blogger.