Ads Top

Main Ad

[REVIEW] Kuman Thong Filem Thriller Vietnam Yang Mendebarkan

Berbeza dengan filem-filem sebelum ini, semalam kami bersama pembaca-pembaca Hangat.com yang bertuah berpeluang untuk menonton filem seram thriller Vietnam yang berjudul Kuman Tong. Terima kasih kepada GSC Movies diatas kesudian memberi peluang kepada pembaca kami menjadi antara yang terawal menonton filem ini.

Gabungan Pelbagai Genre

Melihatkan pada trailernya, jangkaan kami ianya adalah sebuah filem seram secara keseluruhannya apatah fakta sebenar mengenai Khumantong mengikut negara Thailand adalah mengenai semangat roh bayi yang dipercayai akan membawa tuah dan kejayaan buat pemiliknya. Barangkali buat masyarakat di Vietnam punyai Kuman Thong versi mereka tersendiri.

Inspirasi Kisah Sebenar 

Diinspirasikan dari kisah sebenar, kami melihat jalan cerita filem ini agak menarik biarpun pada permulaannya terlalu meleret mengenai kisah percintaan dua watak utama sehingga membuatkan kami terlupa bahawa filem ini sebenarnya adalah sebuah filem thriller.

Namun begitu, pada klimaks filem ini ianya akan membuatkan penonton terpaku sebentar dengan spin off salah satu watak utama nya yang merupakan salah satu elemen penting pembawakan filem ini.

Kuman Thong mengingatkan kami pada sebuah filem seram tempatan popular tempatan, Dukun yang sebelum ini pernah disekat tayangannya. Benar, ianya adalah sebuah filem mengenai ritual sihir yang memerlukan pengamalnya mengorbankan beberapa nyawa manusia untuk memastikan amalan mereka terus berkesan.

Sinopsis

Ditayangkan di semua pawagam GSC bermula 17 Oktober ini, Kuman thong mengisahkan mengenai Soi, seorang gadis desa yang bisu dan pekak. Suatu hari, terdapat seorang bomoh yang dikenali sebagai Luu Huynh telah mencuri perhatian penduduk kerana berjaya mengubati pelbagai penyakit.

Tidak lama kemudian Soi dan Luu telah jatuh hati dan berkahwin. Namun begitu, selepas berkahwin Soi telah mengetahui mengenai masa silam suaminya yang merancang ingin mengorbankan nyawa manusia untuk ritualnya.

The post [REVIEW] Kuman Thong Filem Thriller Vietnam Yang Mendebarkan appeared first on Hangat.com.




Powered by Blogger.