Bella Astillah Kesal Ada Netizen Samakan Tindakan Pavithra Dengan Dirinya
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah meluahkan rasa kesal terhadap segelintir netizen yang menyamakan tindakan YouTuber terkenal, Pavithra dengan dirinya.
Menerusi luhannya di Instastory, Bella menyatakan bahawa dia dan Pavithra disamakan gara-gara membuat keputusan untuk memaafkan suami.
“Korang ni sibuk betal pasal Pavithra. Samakan dia dengan kita kononnya dia Bella Astillah 2.0? Just because she choose to maafkan suami dia? Korang nak dia buat keputusan yang macam mana? Bercerai terus? Pasal keluarga?
“Bukan senang nak buat keputusan. Marriage bukan macam main masak-masak, melibatkan keluarga juga. Korang nak diorang divorce? Lepas tu baru korang nak bersorak? Tak paham apa yang netizen nak,” luahnya.
> Baca: Neelofa Bangga Impian Miliki Program Talk Show Sendiri Tercapai
Sebelum ini, suami kepada YouTuber itu ditahan polis kerana disyaki mendera dirinya. Bagaimanapun, selepas dibebaskan, Pavithra membuat kenyataan bahawa dia telah memaafkan suaminya itu.
Dalam pada itu, Bella yang juga isteri kepada Aliff Aziz itu turut menyatakan supaya setiap orang cermin kehidupan sendiri dan perbaiki kelemahan diri terlebih dahulu.
“Kita bukan tuhan. Kita semua tak tahu apa takdir kita. Yang kecewa tak selamanya kecewa. Yang bahagia tak selamanya bahagia sebab semuanya hanya sementara.
“Sebagai manusia/netizen atau orang luar apa salahnya kita wish them yang baik-baik,” ujarnya. – KopiPlanet.com
Kredit gambar: Instagram Bella Astillah

The post Bella Astillah Kesal Ada Netizen Samakan Tindakan Pavithra Dengan Dirinya appeared first on KopiPlanet.com.