Ads Top

Main Ad

Neelofa Bangga Impian Miliki Program Talk Show Sendiri Tercapai

Pelakon, pengacara dan usahawan Neelofa kini tampil dengan program bual bicaranya sendiri yang berjudul Next To Neelofa.

Telah memulakan siaran bermula Khamis lalu dengan episod pengenalan menampilkan pelakon, pengarah dan penerbit, Datuk Hans Isaac, program yang bersiaran selama satu jam ini bakal mengupas sisi lain tetamu selebriti yang tidak pernah ditunjukkan dalam mana-mana saluran sebelum ini.

Menurut Neelofa, hasrat untuk mengacarakan sebuah program bual bicara santai sudah lama menjadi impiannya sejak berkecimpung dalam bidang seni lebih sedekad lalu.

“Sebenarnya dah lama saya ada idea untuk buat talk show macam ini. Ia bukan program bual bicara yang selalu kita tengok dalam studio, lepas itu ada beberapa segmen lain, tidak. Next To Neelofa ini lebih mengetengahkan konsep lebih santai dan ia seolah-olah anda melihat saya dan tetamu berborak seperti kami berada dalam rumah sendiri.

“Ia suatu pencapaian yang membanggakan buat saya apabila impian saya untuk ada program talk show sendiri tercapai, lebih–lebih lagi nama saya diletakkan sebagai tajuk program ini.

“Saya mahu program ini memberi inspirasi kepada orang ramai dan disebabkan itu saya tampilkan kesemua selebriti ‘A-listers’ yang berjaya dalam bidang masing-masing.

“Dalam masa sejam itu, saya akan cuba gali sisi lain personaliti-personaliti hebat ini yang jarang dipaparkan kepada mata umum,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran Next To Neelofa yang berlangsung di Bangsar, baru-baru ini.

Untuk musim pertama, seramai 12 personaliti ditampilkan seperti Datuk Hans Isaac, Datuk Rizalman Ibrahim, Puan Seri Tiara Jacquelina, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Lee Chong Wei, Farah Ann Hadi, Tengku Iman Abdullah, Chryseis Tan, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan ratu rock negara, Ella Aminuddin.

Neelofa turut mendedahkan dalam ramai-ramai selebriti tersebut, penyanyi no. 1 negara, Siti Nurhaliza merupakan antara selebriti yang agak sukar untuk ‘dikorek’ rahsia daripadanya.

> Baca: Aeril Zafrel, Wawa Zainal Bina Masjid Untuk Saham Akhirat

“Alhamdulillah, saya dapat respons positif daripada peminat yang menonton episod pertama Next To Neelofa, Khamis lalu. Kebanyakan suka dengan konsep yang diketengahkan.

“Pada awalnya saya risau juga, boleh ke saya hoskan program ini, rasa ragu-ragu itu ada. Namun, perasaan itu berkubur bila ramai yang beri respons positif.

“Dalam ramai-ramai tetamu program ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza merupakan antara selebriti yang agak sukar untuk saya cungkil pasal dirinya sebab beliau merupakan seorang yang sangat ‘reserved’ dan begitu menjaga apa yang dituturkan.

“Sudah menjadi tugas untuk saya jadikan ia ‘casual environment’ agar Datuk Siti jadi lebih terbuka untuk berkongsi kisah-kisah peribadinya yang boleh memberikan inspirasi kepada penonton,” ujarnya lagi.

Next To Neelofa bersiaran pada setiap Khamis, jam 9 malam menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (124). – KopiPlanet.com

The post Neelofa Bangga Impian Miliki Program Talk Show Sendiri Tercapai appeared first on KopiPlanet.com.




Powered by Blogger.