Pengguna Media Sosial Bebas Hasilkan Dan Muat Naik Video Ke Platform Sedia Ada Tanpa Perlu Pohon Lesen FINAS

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah menerusi satu kenyataan media sebentar tadi memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia mendokong kebebasan media dan media sosial.
Menurutnya, kabinet telah bersetuju dan memutuskan bahawa pengguna media sosial bebas menggunakan platform yang sedia ada seperti TikTok, YouTube dan sebagainya, termasuk menghasilkan dan memuatnaik video seperti biasa tanpa perlu memohon lesen atau bimbang didakwa oleh FINAS.
Tambahnya lagi, kerajaan juga akan meminda Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244) dengan mengambil kira situasi semasa.
Pengguna media sosial bebas hasilkan dan muat naik video ke platform sedia ada tanpa perlu pohon lesen FINAS – @saifuddinabd pic.twitter.com/UzYGvwZhkF
— BERNAMA (@bernamadotcom) July 24, 2020
Kenyataan Media YB Menteri Komunikasi dan MultimediaKerajaan Malaysia mendokong kebebasan media dan media sosial; Akta FINAS akan dipinda.24 Julai 2020#KKMM #KomunikasiKita #KitaTeguhKitaMenang
Posted by Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM on Thursday, 23 July 2020
Sumber: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM
The post Pengguna Media Sosial Bebas Hasilkan Dan Muat Naik Video Ke Platform Sedia Ada Tanpa Perlu Pohon Lesen FINAS appeared first on Siakap Keli.