Ads Top

Main Ad

Saharul Ridzwan Beli Rumah Baru, Dapat Seperti Dalam Doa

Memiliki kediaman untuk keselesaan anak dan keluarga adaah suatu penghargaan besar buat seseorang ketua keluarga, perkara itu juga bagai menjadi realiti buat pelakon Saharul Ridzwan yang kini mampu menarik nafas lega apabila impiannya untuk mendiami sebuah kediaman yang menyenangkan untuk keluarganya kini telah tercapai.

saharul ridzwan beli rumah baru

Menurutnya, beliau amat bersukur apabila doanya selama ini untuk memiliki sebuah rumah yang mempunyai kemudahan parkir yang lebih efisyen dimakbulkan tuhan.

“Jadi, tahun ini Allah makbulkan doa saya, rumah saya sendiri ni parkir betul-betul depan pintu, sama level dengan rumah. Jalan beberapa langkah sahaja sampai dah rumah.”

View this post on Instagram

Rasanya 2 tahun lepas, sy pernah post kat IG , sy doa, sy nak duduk rumah yang senangkan kami sekeluarga , tak perlu naik lift sebab everytime nak angkat barang macam payah. Lagi2 bila beli barang dapur. Jadi tahun ini Allah makbulkan doa saya, rumah sy sendiri ni parking betul2 depan pintu, sama level dengan rumah. Jalan beberapa langkah je sampai dah rumah. Walaupun belum lagi dapat beli rumah landed, tapi Allah makbulkan doa saya. Dan saya yakin inilah yang terbaik utk saya pada waktu ini. Alhamdulillah. InShaaAllah, bila sampai masa, kita pindah rumah landed pulak ye sayang @deenaemir. Kuasa doa, usaha , sabar dan tawakkal. InShaaAllah Berdoalah setiap hari pada Allah. Mintalah setiap hari pada Allah. Tunaikanlah apa yang diminta dari kita sebagai hambaNya. InShaaAllah, ganjaran Allah lebih besar dari apa yang boleh dinilai oleh kita. ❤

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on

Saharul berkongsi cerita tersebut kepada umum di laman Instagramnya malah masih menyatakan hasratnya andai diberi keizinan rezeki pada masa akan datang beliau tidak teragak-agak mahu memiliki rumah atas tanah pula.

“Walaupun belum lagi dapat beli rumah landed, tapi Allah makbulkan doa saya. Saya yakin inilah yang terbaik untuk saya pada waktu ini.”

 

saharul ridzwan beli rumah baru

Seperti sudah dijangka, menjengah ke ruangan komen, posting yang mendapat ribuan tanda suka itu dibanjiri kata-kata pujian buat Saharul yang sentiasa melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa yang mithali buat kecil mereka.

Malah, isterinya Deena Emir juga sempat menzahirkan ucapan terima kasih kepada suaminya yang sentiasa menyediakan yang terbaik buat dirinya dan anak.




Powered by Blogger.