Ads Top

Main Ad

(Video) ‘Rumah 99 Pintu’ Di Pulau Pinang Terbakar

PUTRAJAYA, 27 Julai – Sebuah rumah banglo kosong atau dikenali sebagai ‘Rumah 99 Pintu’ di Ladang Byram, Nibong Tebal, Pulau Pinang terbakar dalam satu kejadian petang semalam.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, kira-kira 70 peratus bahagian bangunan tersebut musnah dijilat api.

Difahamkan, operasi pemadaman masih dijalankan setakat semalam, digerakkan oleh anggota dari Balai Bomba & Penyelamat (BBP) Nibong Tebal dan BBP Sungai Bakap, selain turut dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela.

Selain itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Berita lanjut menyusul.

26 Julai 2020 – Rumah agam 99 pintu terbakar di dalam Ladang Byram, Nibong Tebal kira-kira jam 6 petang tadi.Operasi pemadaman dilakukan oleh anggota dari BBP Nibong Tebal dan BBP Sungai Bakap serta dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela.Kebakaran dianggarkan 70 peratus dan operasi pemadaman masih dijalankan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.Punca kebakaran masih dalam siasatan.- Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Pulau Pinang.#BombaPenang#BBPNibongTebal#BBPSungaiBakap#CepatdanMesra#SediaMenyelamat

Posted by Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang on Sunday, July 26, 2020

 

Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang

The post (Video) ‘Rumah 99 Pintu’ Di Pulau Pinang Terbakar appeared first on Siakap Keli.




Powered by Blogger.