Ads Top

Main Ad

[VIDEO] ‘Syurga & Neraka Adalah Benar’ – KP Johor Ingatkan Anggota Jangan Ambil Rasuah

Ketua Polis Johor, Dato’ Ayob Khan sememangnya terkenal dengan ketegasannya menjalankan tugas. Sebelum dinaikkan pangkat kepada Komisoner Polis dan Ketua Polis Johor, beliau sudah lama berjuang memerangi jenayah di cawangan khas, Bukit Aman.

Di Facebook, Polis Johor memuat naik video beliau memberikan ucapan kepada warga polis kontinjen Johor sempena perhimpunan bulanan PRDM pada bulan Julai 2020.

Mati adalah benar

Bagi pegawai dan anggota polis kontinjen Johor yang beragama Islam, saya ingin ingatkan mati adalah benar. Soalan Munkar dan Nakir adalah benar. Bangun daripada kubur dan dihidupkan semula adalah benar. Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar. Dihisab dan dikira amalan kita adalah benar. Minum di kolam air Nabi Muhammad SAW adalah benar. Syurga dan neraka adalah benar. Jadi berfikirlah dan ingat pesanan ini sekiranya tuan puan ingin mengambil rasuah ataupun ingin bersekongkol dengan elemen-elemen pembelot.

Menerusi video pendek berdurasi satu minit itu, beliau mengingatkan anggotanya supaya tidak mengambil rasuah. Beliau juga mengingatkan anggota supaya berfikir sedalamnya jika ingin bersekongkol dengan sebarang elemen pembelot negara.

Salute PDRM, bangga

Orang ramai terutama rakyat Johor meluahkan rasa bangga mendengar ucapan tegas Dato’ Ayob Khan dan berharap anggota sentiasa jujur dalam menjalankan tugas. Mereka turut mendoakan semoga beliau sentiasa di bawah rahmat Allah SWT.

Sumber : Polis Johor




Powered by Blogger.