Ads Top

Main Ad

‘Alahai Kenangan Betul’ – Hari Hujan, Anak Kelam Kabut Tutup Tingkap Kereta Dengan Kain.. Comel!

Jika anda mengikuti perkembangan semasa Tomok di Instagram, anda pasti terhibur melihat gelagat dua anak lelakinya yang petah dan bijak. Sejak kecil, mereka mendapat perhatian ramai gara-gara gaya percakapan apatah lagi apabila berbahasa Inggeris.

BACA: “Alhamdullilah Tak Ada Rotan Kat Sebelah..”- Tak Kisah Belajar Mengaji Dengan Isteri, Tomok Raih Pujian Peminat

Malah, Tomok dan isteri turut dipuji mendidik anak hidup serba sederhana. Buktinya, Tomok masih memandu kereta pertama, Kancil 850 dengan gear manual membawa keluarga bersiar-siar.

Advertisement

Suka betul anak-anak

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tomok (@tomokofficial)

Advertisement

Alhamdulillah kereta dah siap. Suka betul anak anak. Sejuk katanya. Haritu aircond rosak tapi ending video agak menyeramkan buat ayah. Aduh pening.

Menerusi posting terbaru di Instagram, Tomok dan keluarga dilihat menaiki Grab ke sebuah bengkel untuk mengambil kereta. Difahamkan, penghawa dingin kereta Kancil itu kurang sejuk.

Namun, lain pula jadinya apabila dalam perjalanan pulang, hujan turun dengan lebatnya dan si anak terpaksa menutup tingkap kereta yang bocor. Nasib baik ada tuala!

Semua jadi kenangan

Di ruangan komen, orang ramai turut mengimbau kenangan sewaktu kecil dengan bapa. Mereka pernah mengalami situasi yang sama apabila hujan. Kenangan betul..

The post ‘Alahai Kenangan Betul’ – Hari Hujan, Anak Kelam Kabut Tutup Tingkap Kereta Dengan Kain.. Comel! first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.