Ads Top

Main Ad

Anak Minta Izin Kahwin, Chef Wan Akui Masih Trauma Teringat Kenangan Bersama Bekas Menantu

Chef terkenal Malaysia, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan menerusi satu hantaran Instagramnya mendedahkan bahawa dia berasa sangat trauma mengenangkan insiden perkahwinan dan penceraian yang dialami anak perempuannya, Serina.

Chef WanSumber : Instagram Chef Wan  

Menurut Chef Wan, Serina ada meminta izin kepadanya untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi dan memaklumkan telah bertemu calon yang tepat serta berhasrat untuk bernikah sebelum hari raya nanti.

Advertisement

Malah, Serina turut meminta kebenaran untuk membawa kekasih hatinya untuk bertemu dengan Chef Wan sebagai langkah berkenalan dan telah pun berjumpa secara empat mata pada dua hari yang lalu.

Menulis panjang lebar di hantarannya itu, Chef Wan berkata dia sebagai bakal bapa mertua pastinya mempunyai banyak soalan terutama selepas menghadapi peristiwa teruk antara Serina dengan bekas suaminya dahulu.

View this post on Instagram

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

“Jadi kali ini saya perlu berhati-hati. Pengalaman lalu masih lagi menghantui saya. Saya dah tahu dari hari pertama bekas menantu memang bangsat, itu sebab nak lepaskan Serina. Malam nikah itu saya sebak kerana saya tahu jodohnya tidak akan bertahan lama.”

Advertisement

Tampil memberikan komen usai perjumpaan dengan bakal menantunya itu, Chef Wan berkata dia dapat merasakan bahawa lelaki itu seorang yang baik.

Dia dalam pada itu sempat menitipkan nasihat buat Serina dan bakal suami agar sentiasa melalui cabaran hidup berumah tangga kelak dengan penuh sabar.

View this post on Instagram

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

“Melihat pada dia (calon menantu) saya boleh katakan dia seorang yang baik tetapi sekali lagi saya katakan, saya perlukan lebih masa mengenalinya. Jadi janganlah terburu-buru untuk berkahwin Rina. Tolong dengar nasihat bapa awak kali ini.”

Terdahulu, Serina dan Gavin telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2010 namun bercerai talak satu setelah tujuh tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Tristan Tareef,11, dan Isabella Saffiya yang kini berusia 10 tahun.

The post Anak Minta Izin Kahwin, Chef Wan Akui Masih Trauma Teringat Kenangan Bersama Bekas Menantu first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.