Ads Top

Main Ad

“Awak Dah Tua..Ini Waktu Orang Muda..” Edrie Hashim Bidas Kenyataan Netizen Lagu Sekarang Kurang Berkualiti

Komposer terkenal, Edrie Hashim baru-baru ini tampil mengucapkan sekalung tahniah kepada barisan juri dan juga para pemenang Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) menerusi akaun Facebook peribadi miliknya.

View this post on Instagram

A post shared by Edrie Hashim (@edriehashim)

Namun, ianya telah mengundang kritikan daripada seorang netizen yang merasakan lagu serta budaya muzik kini sudah lagi tidak berkualiti jika dibandingkan pada ketika zaman dahulu.

Ujar individu terbabit, lagu-lagu yang dihasilkan kini sudah tidak mempunyai kualiti dan dia juga tidak faham muzik budaya manakah yang cuba diterapkan kepada peminat seni di negara pada ketika ini.

Tampil membidas pendapat yang diutarakan individu itu, Edrie yang merupakan salah seorang daripada 12 juri AJL35 meminta agar peminat muzik di luar sana melihat muzik mengikut peredaran zaman.

Facebook Edrie HashimSumber : Facebook Edrie Hashim  

Dia dalam pada itu turut mengimbau mengenai kemunculan lagu-lagu rock era 80-an yang pada suatu ketika dahulu pernah mendapat kritikan serupa daripada mereka yang tidak mahu akan pembaharuan dalam muzik tempatan.

“Tak boleh cakap macam tu.. awak dah tua..ini waktu orang muda. Ini muzik dorang, awak sama macam orang tua 60-an yang tak suka muzik rock tahun 80-an dulu. Ingat tak? orang tua la yang banned konsert rock semua tu. Sekarang awak pula dah tua. awak pula jadi orang tua 60-an tu.”

View this post on Instagram

A post shared by Edrie Hashim (@edriehashim)

Terdahulu, malam kemuncak AJL35 telah menyaksikan lagu nyanyian Kaka, Loca B dan Noki berjudul Gila telah menggondol gelaran juara. Manakala lagu ciptaan Aina Abdul iaitu Semalam telah berjaya meraih gelaran naib juara dan lagu Belenggu Rindu nyanyian Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita di tempat ketiga.

The post “Awak Dah Tua..Ini Waktu Orang Muda..” Edrie Hashim Bidas Kenyataan Netizen Lagu Sekarang Kurang Berkualiti first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.