Ads Top

Main Ad

“Bukan Tak Nak Berlakon Balik Tapi..” Farah Nabilah Akui Ada Sebab ‘Bersara Sementara’ Dari Dunia Lakonan

Pelakon Farah Nabilah mengakui dia mempunyai sebab yang kukuh untuk ‘bersara sementara’ daripada dunia lakonan meskipun sudah mula rindu untuk kembali beraksi di hadapan kamera.

Ujar Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin,29, dia terpaksa melupakan sementara hasrat tersebut kerana ingin memberikan tumpuan kepada anak sulungnya, Andre Omar yang baru mencecah usia 4 bulan.

Advertisement

Tambah pelakon drama Kau Yang Pertama ini lagi, dia ada menerima banyak tawaran berlakon namun menolaknya kerana merasakan tidak boleh berenggang dengan anak terlalu lama.

View this post on Instagram

A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial)

“Tawaran memang banyak, tapi saya terpaksa tolak..sekarang baru saya faham perasaan ibu yang tidak boleh berenggang dengan anak mereka. Sejujurnya saya belum sanggup berjauhan dengan anak, rasa macam belum puas menatap dan memeluknya.”

Advertisement

Kata Farah, dia menjangkakan selepas raya nanti dia mungkin akan kembali ke set penggambaran meskpun berhadapan dilema untuk melihat anak membesar di depan mata.

Tambahan Andre yang masih menyusu badan dan tiada pembantu atau penjaga menguatkan lagi sebab mengapa dia mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia seni.

Terdahulu, Farah telah mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta iaitu Mohammed Amirul Yunus,30, pada 20 Disember 2019.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Andre Omar yang dilahirkan pada 22 Oktober tahun lalu.

The post “Bukan Tak Nak Berlakon Balik Tapi..” Farah Nabilah Akui Ada Sebab ‘Bersara Sementara’ Dari Dunia Lakonan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.