Ads Top

Main Ad

Dah Tahu Tempat Persembunyian, Polis Bakal Ambil Tindakan Jika Sajat Tak Serah Diri

Susulan penahanan usahawan kosmetik terkenal yang masih dalam pencarian sehingga ke harini, Polis Selangor melaporkan sudah mengetahui tempat persembunyian Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhamaad Sajjad Kamaruzzaman,36.

Sajat Sumber : Instagram Nur Sajat  

Datuk Arjunaidi Mohamed selaku Pemangku Ketua Polis Selangor berkata, tindakan akan diambil terhadap Sajat jika dia tidak tampil menyerah diri.

Advertisement
Datuk Arjunaidi MohamedSumber : Malaysia Kini  

“Kalau dia enggan serah diri, kita akan ambil tindakan.” ujar Datuk Arjunaidi ketika dihubungi.

Terdahulu, Jabatana Agama Islam Selangor (JAIS) telah meminta bantuan pihak polis untukmengesan keberadaan usahawan kosmetik itu selepas dia dilapor menghilangkan diri dan tidak dapat dikesan.

SajatSumber : Google  

Pada pertengahan Februari lalu, mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap ke atas Sajat selepas dia gagal hadir ke sebutan kes yang melibatkan dirinya di mana dia telah berpakaian menyerupai wanita sehingga boleh mendatangkan kehinaan kepada agama Islam.

Sejak daripada waran itu dikeluarkan, Sajat telah menghilangkan diri untuk mengelakkan daripada dicekup JAIS.

The post Dah Tahu Tempat Persembunyian, Polis Bakal Ambil Tindakan Jika Sajat Tak Serah Diri first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.