Ads Top

Main Ad

Dikritik Mengapa Pilih Elemen Jawa Bukan Melayu Dalam Persembahan AJL35, Ini Jawapan Zizi Kirana

Penyanyi Zizi Kirana yang baru sahaja memenangi kategori persembahan terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) Ahad lalu tampil menjawab kritikan sesetengah pihak yang mempersoalkan mengapa dia tidak membawa elemen Melayu sebaliknya membawa ciri-ciri Jawa dalam persembahannya pada malam itu.

Zizi KiranaSumber : Instagram Zizi Kirana  

Menurut Zizi, dia menerapkan elemen Jawa dalam persembahan lagu Eh kerana ianya merupakan asal-usul keluarganya.

Dilahirkan di Sabah, penyanyi berusia 36 tahun ini menjelaskan bahawa dia cuba untuk menggabungkan asal-usul keluarga yang terdiri daripada Malaysia dan Sumatera,Indonesia.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

“Ramai juga yang tanya, kenapa saya bawak elemen Jawa, kenapa tak Melayu je? Kan orang Malaysia? Sebenarnya saya cuba untuk gabungkan asal-usul keluarga saya. Atuk saya, ayah kepada mak saya memang asli dari Sumatera, kemudian bertemu dengan nenek saya di Sabah, Malaysia. Mereka pun bercinta, kahwin.”

Dia yang memilih sosok Nyai Roro Kidul sebagai sumber inspirasi berkata imej tersebut menjadi pilihannya kerana sangat berkuasa, lemah-lembut, pintar, cantik dan misteri.

View this post on Instagram

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

Masih mengekalkan imej Hip Hop, Zizi mengakui dia bersyukur kerana impiannnya untuk menjadi Nyai Roro Kidul itu tercapai tapi masih menepati citarasa dirinya sebagai penyanyi rap yang lincah di atas pentas.

Sekadar info, lagu Eh adalah hasil ciptaan Altimet dan Zizi sendiri manakala komposernya, Navigator.

The post Dikritik Mengapa Pilih Elemen Jawa Bukan Melayu Dalam Persembahan AJL35, Ini Jawapan Zizi Kirana first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.