Ads Top

Main Ad

Dituduh Sindir Sharifah Rose Sebagai ‘Instafamous’ Jadi Pelakon, Izara Aishah Beri Jawapan Balas

Kelmarin, pasti anda ada terbaca ciapan Izara Aisha yang mempersoalkan lambakan ‘instafamous’ ataupun personaliti media sosial yang kini sering menghiasi pelbagai naskhah tempatan.

Katanya, stesen televisyen dan pihak produksi kini lebih mementingkan pengaruh pelakon di media sosial berbanding dahulu di mana para pelakon perlu menjalani uji bakat dan mempunyai latar belakang dalam seni persembahan sebelum mendapat tawaran berlakon.

Advertisement

BACA: “Kebanyakan Bukan Nak Berlakon Pun” – Izara Aishah Persoal Ramai ‘Instafamous’ Jadi Pelakon Kini

Meskipun tidak menujukan ciapan tersebut kepada sesiapa namun para netizen meneka dan asyik menyebut nama Sharifah Rose sebagai individu yang dimaksudkan disebaliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharifah Rose Sabrina (@sharifahrose_)

Advertisement

Ini kerana ‘instafamous’ itu pernah mempunyai hubungan yang rapat dengan Izara memandangkan dia pernah bercinta dengan adik kepada Muhammad Adib, suami kepada pelakon wanita itu.

Walaubagaimanapun, Izara menepis dakwaan tersebut dan mendoakan terbaik buat karier Sharifah Rose selain mengakui bahawa gadis itu telah pun menceburi bidang lakonan sebelum menjadi personaliti media sosial lagi.

izara dan sharifah rose

Dalam pada itu, Sharifah Rose dilihat tidak mengendahkan mengenai insiden tersebut namun ada menulis ciapan yang seakan-akan seperti balasan kepada ciapan Izara.

Advertisement

Malah pelakon wanita itu turut bertanya sama ada ciapan tersebut adalah untuknya.

izara dan sharifah rose

Izara turut menjelaskan bahawa dia hanya melihat kulaiti lakonan para personaliti media sosial yang sudah pun memulakan karier mereka dan bukannya yang baru mahu mengorak langkah.

izara dan sharifah rose

Selain itu, dia turut mengkritik pelakon yang lebih pentingkan kecantikan dan tidak serius semasa dis et penggambaran.

izara dan sharifah rose

Izara tuju secara am sahaja, malah tak salah pun apa yang dipersoalkan itu. Betul tak?

Advertisement

The post Dituduh Sindir Sharifah Rose Sebagai ‘Instafamous’ Jadi Pelakon, Izara Aishah Beri Jawapan Balas first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.