Ads Top

Main Ad

“Doakan Saya Cepat Sembuh Agar Dapat Sujud Semula..” Ezzaty Abdullah Terseliuh Di Kaki Akibat Terjatuh

Pelakon Ezzaty Abdullah baru-baru ini dilaporkan telah mengalami kecederaan di mana kakinya telah terseliuh di bahagian kiri gara-gara terjatuh beberapa hari yang lalu.

Ezzaty AbdullahSumber : Instagram Ezzaty Abdullah  

Perkara tersebut dikongsikan Ezzaty menerusi sebuah hantaran di laman Instagram untuk pengetahuan peminat dan pengikut media sosialnya.

Advertisement

Menerusi entri tersebut, Ezzaty dilihat terpaksa berjalan menggunakan tongkat buat sementara waktu.

Meskipun begitu, pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim itu meluahkan rasa syukur kerana keadaan kakinya yang kini semakin pulih.

View this post on Instagram

A post shared by Ezzaty Abdullah (@ezzatyabdullah)

“Alhamdullilah lepas 4 hari tak dapat sujud, harini dah boleh jejak tanah kaki saya walaupun masih perlukan tongkat. Doakan saya cepat sembuh ye supaya dapat saya sujud semula. Tak puas duduk kat kerusi je..”

Meninjau ruangan komen, ramai peminat serta rakan artis tampil mendoakan agar kesihatan kaki pelakon wanita ini kembali pulih seperti kebiasaan.

Perkembangan lain,selain berlakon, Ezzaty kini rancak mengusahakan perniagaan berasaskan makanan iaitu Mee Udang Kak Long di Instagram miliknya.

The post “Doakan Saya Cepat Sembuh Agar Dapat Sujud Semula..” Ezzaty Abdullah Terseliuh Di Kaki Akibat Terjatuh first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.