Ads Top

Main Ad

Gambar Perkahwinan Tular, Pelakon Popular Elizabeth Tan Sudah Berkahwin?

Siapa saja yang tidak kenal dengan pelakon Malaysia berbangsa Cina paling ‘cun’ idaman jejaka-jejaka zaman kini, Elizabeth Tan?

Elizabeth Tan atau lebih mesra dipanggil Lizzy sering mengetuk pintu hati abang-abang setiap kali dia memuat naik fotonya di Facebook atau Instagram.

Mungkin ramai antara kita yang ada ‘crush’ dengan Lizzy kan? Tapi tahukah anda, ada satu isu yang baru terjadi akhir-akhir ini.

Lizzy sudah berkahwin?

Panas dihebohkan di media sosial apabila rata-rata netizen menyatakan bahawa selebriti kesayangan ramai ini dipercayai sudah berkahwin. Persoalannya, benarkah?

Tiada satu pun gambar, ‘story’ mahupun video yang diumumkan di media sosial peribadinya tentang resepsi perkahwinan seperti yang didakwa netizen itu.

Namun terdapat satu komen yang ditinggalkan pada gambar terkini di Instagramnya hari ini.

Berdasarkan gambar terkini ini, ia hanyalah berkisarkan tentang kereta Honda sahaja. Jika melihat pada kapsyennya pun, tiada sebarang unsur ‘hint’ yang diberikan berkenaan kahwin.

Namun apabila menjengah ke ruangan komen, terdapat satu komen yang menimbulkan 1001 persoalan.

Untuk menjawab persoalan tersebut, beliau ada memuat naik satu IG Story seperti dibawah.

Bagaimanapun, video yang dimuat naik itu adalah klip video lagu Beku bersama-sama penyanyi Hazama.

Persoalannya sekarang, betul ke Lizzy dah kahwin?

Sumber: Instagram

The post Gambar Perkahwinan Tular, Pelakon Popular Elizabeth Tan Sudah Berkahwin? appeared first on Siakap Keli.




Powered by Blogger.