Ads Top

Main Ad

“Harap Tiada Lagi Soalan Ini” – Intan Najuwa Dan Bekas Tunang Sudah Bawa Haluan Masing-Masing

Ramai sepertinya yang tertanya-tanya mengenai hubungan Intan Najuwa dan ahli perniagaan Razrul Anwar kini.

Hanya sempat bertunang selama 6 bulan hingga Februari tahun lalu, pelakon itu mengesahkan bahawa dia dan lelaki itu membuat keputusan untuk berpisah.

Advertisement

Walaubagaimanapun, timbul kembali desas-desus mengenai hubungan mereka apabila Intan dilihat memuat naik gambar bersama seorang lelaki persis Razrul beberapa bulan selepas mereka disahkan putus tunang.

BACA: “Kami Sentiasa Baik-Baik Sahaja” – Intan Najuwa Dan Razrul Tak Pernah Putus Tunang?

intan najuwa dan razrul

Terbaru, Intan telah pun mengesahkan status hubungannya bersama Razrul menerusi jawapan kepada soalan peminat yang ditanya menerusi IG Story di Instagram miliknya.

Ditanya mengenai kelibat Razrul yang sudah lama tidak kelihatan, Intan mengesahkan bahawa mereka berdua sudah pun membawa haluan masing-masing.

Advertisement

intan najuwa

“Alamak ada lagi soalan ni. Kami dua dah lama buat hal masing-masing. Dia dah happy dengan life dia, saya pun dah happy dengan life saya. Harap lepas ini tiada soalan ini lagi okay.”

Malah Intan turut sempat meminta semua agar berhenti menanyakan soalan mengenai bekas tunangnya itu selepas ini sekaligus menjawab teka-teki ramai mengenai status wanita itu dengan Razrul.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Intan Najuwa, 23 ?? (@intannajuwa)

Semoga Intan berjumpa pasangan yang lebih baik nanti.

The post “Harap Tiada Lagi Soalan Ini” – Intan Najuwa Dan Bekas Tunang Sudah Bawa Haluan Masing-Masing first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.