Ads Top

Main Ad

“Harapan Agar Nabila Dan Engku Emran Saling Melengkapi” – Neelofa Doa Kebahagiaan Kakak

Selepas hampir sebulan bertiup khabar angin mengatakan Noor Nabila kini sedang hangat bercinta, nampaknya ia terbukti sahih apabila kedua mereka sudah pun sah diijab kabul pagi tadi.

BACA: (TAHNIAH) Noor Nabila Sah Berkahwin Dengan Engku Emran

Advertisement

Sambil ditemani ahli keluarga rapat dan juga anak masing-masing iaitu Engku Aleesya dan Jebat Jayden, pasangan pengantin baru ini dibanjiri ucapan tahniah daripada segenap wargamaya.

Malah Neelofa juga tidak lupa untuk meluahkan rasa syukur melihatkan kakaknya, Noor Nabila Mohd Noor selamat bernikah dengan Engku Emran.

neelofa

Kata usahawan popular itu, apa yang diharapkan olehnya ialah Nabila dan Engku Emran mengecap bahagia hingga ke akhir hayat, menerusi laporan Berita Harian.

“Hari ini amat membahagiakan buat kakak saya, Nabila. Saya gembira melihat Nabila bertemu jodoh dan berharap pasangan ini dikurniakan kebahagiaan sampai bila-bila.

Advertisement

Bahkan dia berdoa agar Allah SWT merahmati masjid yang dibina oleh mereka.

“Doa dan harapan agar Nabila dan Engku Emran saling melengkapi. Semoga Allah SWT merahmati rumah tangga Nabila dan suami hingga nadi syurga.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Semoga perkahwinan Engku Emran dan Noor Nabila kekal sehingga ke jannah.

The post “Harapan Agar Nabila Dan Engku Emran Saling Melengkapi” – Neelofa Doa Kebahagiaan Kakak first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.