Ads Top

Main Ad

‘It’s Far From Perfect Tapi..’ – Syafinaz Selamat Kongsi Video Latihan Nabila Razali

Kebelakangan ini, nama Nabila Razali hangat diperkatakan selepas dia ‘terkucil’ ketika mempersembahkan lagu Peluang Kedua di Anugerah Juara Lagu ke 35 (AJL35). Meskipun dikecam, Nabila mendapat sokongan tidak putus-putus daripada rakan artis dan peminat.

BACA: “Terbaik Untuk Saya” – Persembahan ‘Terkucil’ Sehingga Trending Twitter, Ini Respon Nabila Razali

Advertisement

Terbaru, guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat pula mendedahkan video ketika sesi latihan Nabila Razali awal Mac lalu. Katanya, sesi itu jelas lebih baik daripada apa yang dipersembahkannya di malam anugerah.

Cerita Nabila

Post ini bukan untuk membela, jauh sekali mencela.

Saya sentiasa terbuka & menyokong mana2 penyanyi yang ingin memperbaiki nyanyian mereka. Ramai artis2 baru & juga nama2 besar yg menyatakan hasrat malah sudi belajar dgn saya. I’m happy to share this little knowledge that I have. Setiap yg kita lakukan adalah satu seni yg memerlukan skil. Memasak, menjahit, menari, menyanyi, bersukan, waima bertutur sekalipun. Saya percaya kesungguhan & dedikasi boleh mengatasi kelemahan. Pembelajaran yg konsiten adalah kunci kejayaan.

Advertisement

Kongsi Syafinaz lagi, penyanyi lagu Peluang Kedua itu ada menyatakan hasrat untuk memperbaiki nyanyiannya sekitar Mei tahun lalu namun tergendala ekoran masalah kesihatan dan jadual kerja yang padat. Malah, situasi perintah kawalan pergerakan (PKP) juga menyebabkan proses belajar lebih mencabar.

Video amatur ini dirakamkan pada awal Mac. Bukanlah nyanyiannya yang terbaik tapi ia satu-satunya yg saya ada (sbb kebiasaannya dia yg rajin merakam semasa sesi latihan). It’s far from perfect tapi lebih baik drpd apa yg dia lakukan di atas pentas AJL.

Umum hanya melihat kejadian ‘terkucil’ manakala saya pula melihat dari aspek kualiti tonal & perkembangan ‘musicality’-nya. Selain tekanan akibat dari ekspektasi, seorang penyanyi juga perlu ‘battle his/her inner demons’ apabila berada diatas pentas mega itu.

Jelas Syafinaz lagi, selain mutu nyanyian penyanyi juga perlu berhadapan dengan ‘semangat dalaman’ apabila berada di pentas besar. Bagi Syafinaz sendiri, apa yang dilalui Nabila boleh dianggap sebagai langkah dia bertatih untuk menjadi seorang penyanyi.

The post ‘It’s Far From Perfect Tapi..’ – Syafinaz Selamat Kongsi Video Latihan Nabila Razali first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.