Ads Top

Main Ad

“Jangan Nilai Dari Pengaruh Di Media Sosial Sahaja” – Hattan Nasihat Penyanyi Supaya Belajar Vokal

Disebabkan oleh pelbagai isu yang timbul ketika acara muzik tahunan baru-baru ini, Datuk Hattan telah bersuara dan menyeru penerbit Anugerah Juara Lagu (AJL) supaya mengambil serius kredibiliti pertandingan berkenaan yang kini sudah pun menjangkau usia 35 tahun.

Ini kerana AJL merupakan satu acara yang bukan sahaja ditonton oleh rakyat Malaysia malah jiran tetangga Indonesia juga merupakan peminat setianya.

“AJL bukan pentas untuk main-main kerana maruah industri seni kita terletak pada tangan barisan finalis dipilih, meski kita sudah jauh ditinggalkan oleh negara jiran.”

Advertisement
hattan Sumber : NSTP  

Jelas Hattan lagi, pelapis baru yang dihasilkan daripada rancangan realiti seperti Indonesian Idol dan The Voice di negara jiran itu adalah lebih berkualiti kini.

Malah penyanyi senior itu meminta mana-mana peserta pertandingan berprestij seperti AJL supaya bersikap terbuka dan mengakui kelemahan diri.

“Rakaman studio dan persembahan ‘live’ adalah dua perkara berbeza. Kita ada guru-guru vokal yang hebat seperti Datuk Syafinaz, Cikgu Siti Hajar dan Cikgu Shafi, pergilah belajar.”

Tak salah sekiranya pergi menuntut ilmu dengan guru vokal tempatan dahulu. Bahkan menimba ilmu tentang vokal ini memerlukan masa yang lama.

Advertisement

“Pergi berguru sampai khatam dan selepas itu, baru betul- betul melangkah. Belajar vokal kena sekurang-kurangnya tiga tahun dan bukan tiga bulan.”

Dalam pada itu, Hattan menasihatkan penerbit program dan syarikat rakaman supaya mencari penyanyi berbakat untuk diketengahkan dan bukan hanya mengambil kira pengaruh mereka di media sosial.

Seperti AJL, para penyanyi boleh menganggap ia seperti pergi ‘berperang’, di mana perlu dilengkapi dengan ilmu dan keberanian.

“Kalau perasaan takut datang mengganggu, carilah jalan untuk atasi. Jumpalah orang lama, dapatkan tip. Ini tidak, jumpa orang lama tak bertegur.”

Bahkan Hattan menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara penghasilan single dan album di mana penyanyi perlulah mempelajari teknik dengan sempurna sebelum masuk dalam studio bagi merakamkan album.

Harap ramai penyanyi baru yang terima teguran ini dengan terbuka.

The post “Jangan Nilai Dari Pengaruh Di Media Sosial Sahaja” – Hattan Nasihat Penyanyi Supaya Belajar Vokal first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.