Ads Top

Main Ad

‘Kalah Seorang Serikandi. Dia Kalah Bermaruah’ – Alyah

Selepas persembahan Peluang Kedua di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-35, Nabila Razali tidak putus-putus menerima sokongan daripada rakan artis. Walaupun sedikit ‘terkucil’ di bahagian korus, mereka memuji semangat yang ditunjukkan penyanyi muda ini.

BACA: “U Did Well! Hugs!” Neelofa Beri Semangat Buat Nabila Razali Setelah Hebat Dikritik Di AJL35

Penyanyi yang popular dengan lagu Sesal Separuh Nyawa, Datin Alyah menganggap kekalahan Nabila Razali pada malam itu adalah kekalahan seorang serikandi. Katanya, Nabila kalah bermaruah kerana telah menjalankan tugas dengan sehabis baik.

Advertisement

Dia kalah bermaruah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Advertisement

Salam subuh. Terpanggil utk bercakap tentang adik kita yang lawa dan peramah ni (banyak kali jumpa dia akan sapa kita dulu)

Kalah seorang serikandi. Dia kalah bermaruah. Dia jalankan tugas dia dengan sehabis baik. Seumpama dia berlari ke medan perang dengan pedang yang tumpul. Bukan pedang tu yang harus kita lihat. Tapi keberaniannya turun ke medan perang itu yg harus dipandang.

TAHNIAH adik @nabila.razali

Berasa terpanggil untuk bercakap mengenai isu hangat ini, Alyah memuji keberanian Nabila yang digambarkan seperti turun ke ‘medan perang’. Dia menjelaskan bukan pedang yang patut dilihat tetapi keberaniannya.

Pandang positif

 

Advertisement
View this post on Instagram

 

A post shared by ??? (@nabila.razali)

Pandang positive. Kamu lebih diingati dari yang lain. Bukti sampai ke hari ini semua masih bercakap mengenai kamu (tak kisahlah buruk atau baik). Cuma nak tanya je? Siapa yang membiarkan dia melakukan ini sepatutnya lebih peka…

Saya bercakap berdasarkan pengalaman. Situasi berbeza dipentas yang sama. Sekian terima kasih…

Malah, dia memohon Nabila melihat perkara ini dari sudut positif di mana penyanyi Peluang Kedua lebih diingati daripada orang lain. Kata Alyah, pihak tertentu perlu lebih peka kerana dia juga pernah mengalami situasi yang sama sebelum ini.

The post ‘Kalah Seorang Serikandi. Dia Kalah Bermaruah’ – Alyah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.