Ads Top

Main Ad

Kecoh Tegur Fasal Mihun Di Instagram TokTi, Tak Pasal-Pasal Ashira Aziz Kena Tempias

Tular di media sosial semalam apabila seorang pengguna Instagram bernama @ashiraaziz__ tampil mengkritik tindakan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang memuat naik hantaran gambar makanan di ruang Instagram miliknya.

View this post on Instagram

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Advertisement

Menurut individu terbabit, Siti sepatutnya tidak berkongsi gambar makanan seperti itu di ‘feed’ kerana dapat menjejaskan Instagram penyanyi itu.

Tampil memberi respon balas, penyanyi lagu Cindai itu meninggalkan komen berhubung gambar berkenaan sebenarnya adalah masakan udang goreng mentega.

CTDKSumber : Instagram Siti Nurhaliza  

Justeru, meninjau ruangan komen, ramai yang tampil mengkritik tindakan pemilik Instagram itu yang dilihat sewenang-wenangnya tampil menulis komen seperti itu.

Namun, disebabkan oleh nama pemilik akaun individu terbabit adalah sama dengan penyanyi Ashira Aziz, tidak semena-mena ada yang mengaitkan individu terbabit dengan bekas peserta program Gegar Vaganza musim ke-7 itu.

View this post on Instagram

A post shared by AshiraGV7 (@ashiraaziz)

Advertisement

Ashira Aziz IGSumber : Instagram Ashira  

Oleh disebabkan itu, Ashira Aziz tampil memberi penjelasan bahawa dia bukanlah pemilik akaun yang menulis komen berkenaan.

 

“Gara-gara nama ni komen dekat post Siti, saya yang kena. Bukan saya Ya Allah. Saya tak tahu apa-apa cerita, semalam satu hari sibuk dengan rakaman GV Raya. Tiba-tiba hari ini orang sebut-sebut DM bagitahu saya. Allah, apa salah saya.”

Macam-macam hal!

The post Kecoh Tegur Fasal Mihun Di Instagram TokTi, Tak Pasal-Pasal Ashira Aziz Kena Tempias first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.