Ads Top

Main Ad

Kini Berlakon, MK K-Clique Bakal Bergandingan Dengan Mira Filzah Dalam Drama Arahan Michael Ang

Penyanyi kumpulan rap K-Clique, MK dilaporkan bakal membintangi sebuah drama terbaru arahan pengarah terkenal, Michael Ang.

Yang lebih mencuri perhatian adalah apabila MK khabarnya bakal bergandingan dengan pelakon wanita popular, Mira Filzah dalam drama tersebut.

Advertisement

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Michael menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan pengikut media sosial miliknya.

View this post on Instagram

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

“Akan datang! Not typical love story! Memperkenalkan dua manusia paling twisted @hairiwhuut @mfmirafilzah @hy_helmiyusof luv u all and have a great weekend!”

Dalam hantaran yang sama, Michael turut memuat naik video pendek memaparkan sedutan babak MK di mana dia kelihatan termenung seorang diri sebelum telefonnya berdering.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)

View this post on Instagram

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

Meninjau ruangan komen, ramai peminat nampaknya sudah tidak sabar untuk menantikan gandingan mantap MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan ini bersama Mira Filzah.

Namun, ada pula komen-komen nakal yang merasakan bahawa pelakon wanita sepatutnya dilakonkan oleh Nabila Razali kerana dia terdahulu pernah berkolaborasi dengan MK dalam lagu Peluang Kedua.

The post Kini Berlakon, MK K-Clique Bakal Bergandingan Dengan Mira Filzah Dalam Drama Arahan Michael Ang first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.