Ads Top

Main Ad

Kini Tumpuan Ke Laudya Cynthia Bella, Netizen Doakan Agar Berjodohan Dengan Dimas Beck

Belum reda kisah pernikahan antara Engku Emran dan Noor Nabila, kini tumpuan netizen mula beralih arah kepada bekas isteri Engku Emran yang kedua, iaitu pelakon Indonesia Laudya Cynthia Bella.

View this post on Instagram

A post shared by Laudya Cynthia Bella (@laudyacynthiabella)

Advertisement

Meninjau media sosial tempatan dan juga negara seberang, ramai yang mendoakan agar pelakon filem Syurga Yang Tak Dirindukan itu bakalan bertemu jodoh dengan personaliti Indonesia popular, Dimas Beck.

Dimas yang merupakan seorang penyanyi dan pelakon di negara Indonesia pernah digosipkan sedang berhubungan dengan Lydia sebelum ini.

View this post on Instagram

A post shared by DimBeck (@dimasbeck)

Sejak semalam, penuh di media sosial terutamanya aplikasi TikTok di mana foto-foto mereka berdua mula berlegar dan rata-rata mendoakan agar keduanya benar menjalin kasih di dunia nyata.

Untuk rekod, Lydia dan Dimas pernah bergandingan bersama dalam sebuah kumpulan iaitu Bukan Bintang Biasa pada tahun 2006 yang juga turut dianggotai Raffi Ahmad, Ayushita dan Chelsea Olivia.

Laudya DimasSumber : Google  

Usai saja tamat pernikahan antara Engku Emran dan Noor Nabila, peminat turut menantikan reaksi daripada Laudya namun dia dilihat belum memuat naik sebarang ucapan mahupun komen mengenai perkahwinan bekas suaminya itu.

Terdahulu, Laudya dan Engku Emran telah mendirikan rumah tangga pada 8 September 2018 namun bercerai sekitar Julai tahun 2020.

The post Kini Tumpuan Ke Laudya Cynthia Bella, Netizen Doakan Agar Berjodohan Dengan Dimas Beck first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.