Ads Top

Main Ad

Korea Utara Dilapor Mahu Putuskan Hubungan Diplomatik Dengan Malaysia

Korea Utara mengatakan akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia kerana mengekstradisi salah seorang rakyatnya ke Amerika Syarikat, lapor CNA.

Perkara tersebut dimaklumkan dalam satu kenyataan kementerian luar negeri yang disiarkan oleh Korean Central News Agency (KCNA) hari ini.

“Pihak berkuasa Malaysia telah melakukan ‘jenayah yang tidak dapat dimaafkan’ kerana memaksa warganegara Korea Utara yang tidak bersalah ke Amerika Syarikat.

“Kementerian luar Korea Utara dengan ini mengumumkan untuk menghentikan hubungan diplomatik dengan Malaysia,” dakwa kenyataan itu.

Dalam laporan Bernama pada 9 Mac lalu, Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan Mun Chol Myong untuk mengetepikan perintah mahkamah rendah supaya dia ditahan sementara menunggu pendengaran prosiding ekstradisinya.

Mun, yang tinggal di negara Asia Tenggara selama satu dekad bersama keluarganya ditangkap pada tahun 2019 berikutan permohanan ekstradisi dari Washington.

Dia menghadapi empat pertuduhan penggubahan wang haram dan dua konspirasi mencuci wang, tuduhan itu berkait dengan pekerjaannya di Singapura.

Menurut Korea Times, Korea Utara juga mendakwa bahawa pengusaha itu terlibat dalam ‘kegiatan perdagangan luar yang sah’ dan memberi amaran bahawa pihak berkuasa Malaysia akan memikul tanggungjawab penuh untuk segala akibat yang timbul antara kedua-dua negara.

Sumber: CNA, Korea Times, Reuters, Astro Awani, KCNA

The post Korea Utara Dilapor Mahu Putuskan Hubungan Diplomatik Dengan Malaysia appeared first on Siakap Keli.




Powered by Blogger.