Ads Top

Main Ad

‘Lets Do This My Love’ – Noor Nabila, Engku Emran Doa Cinta Kekal Ke Jannah

Spekulasi hubungan percintaan Noor Nabila dan Engku Emran akhirnya terjawab apabila pasangan ini telah sah bergelar suami isteri semalam. Pasangan ini difahamkan mula serius menjalinkan hubungan penghujung tahun lepas namun tidak bertunang seperti yang didakwa.

BACA: “Pernah Berumah Tangga, Jadi Kami Sudah Matang” – Noor Nabila, Engku Emran Mula Rapat Hujung Tahun Lalu

Advertisement

Menerusi hantaran terbaru di Instagram, Noor Nabila mengucapkan terima kasih buat semua yang telah mendoakan kebahagiaan buatnya dan suami. Dia turut menitipkan doa agar perkahwinan ini diberkati dan kekal sehingga ke jannah.

Semoga Allah SWT sentiasa memberkati perkahwinan ini

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noor Nabila (@noornabila)

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noor Nabila (@noornabila)

Terima kasih yang tidak terhingga untuk doa yang dititipkan buat saya dan suami, Engku Emran, atas berlangsungnya majlis pernikahan kami pagi tadi.

Advertisement

Semoga kami dapat melengkapi hidup masing-masing, saling membahagiakan antara satu sama lain dan semoga Allah SWT sentiasa memberkati perkahwinan ini dan melanjutkan rasa cinta kami hingga ke jannah, insyaAllah.

Ujarnya lagi, dia berharap dapat saling melengkapi dan membahagiakan di antara satu sama lain.

‘Lets do this my love’

Lets do this my love – 31 Jan 2021

Day 1 : May we cross the finishing line together in Jannah my love.

Sementara itu, suami, Engku Emran turut dilihat memuat naik beberapa keping foto berada di samping isteri tercinta. Menerusi kapsyen yang ditulis, mereka bersedia menjalani kehidupan bersama dan berharap akan kekal bahagia sehingga ke akhirnya.

Advertisement

The post ‘Lets Do This My Love’ – Noor Nabila, Engku Emran Doa Cinta Kekal Ke Jannah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.