Ads Top

Main Ad

“Macam Anak Patung!” Kecomelan Anak Rizman Nordin Tawan Hati Peminat Di Majlis Akikah

Sering menjadi tumpuan, anak kepada pereka fesyen terkenal Rizman Nordin dan Nurisa Suraya iaitu Rizqaa sekali lagi menawan hati peminat apabila wajahnya disamakan dengan anak patung.

Difahamkan juga Rizman baru saja selesai menjalankan majlis akikah puteri sulungnya itu dan turut berkongsi foto-foto sepanjang majlis berlangsung untuk tatapan peminat.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by rizman nordin (@rizman.n)

“Majlis tahlil arwah baba dan akikah Rizqaa.” tulis Rizman ringkas di bahagian kapsyen hantaran tersebut.

Rizqaa yang mengenakan baju berona putih dan merah jambu kelihatan amat comel tampil sedondon dengan ibunya.

Dilahirkan dalam keluarga seorang pereka fesyen, pastinya pakaian serta gaya si cilik itu akan menjadi perhatian peminat dan warga maya.

View this post on Instagram

A post shared by rizman nordin (@rizman.n)

Advertisement

Meninjau ruangan komen, rata-rata memuji kecomelan Rizqaa dan keluarga kecil ini yang kelihatan cukup sempurna.

“Macam doll tau Rizqaa ni. cantik betul kejadian” ujar seorang warga maya.

View this post on Instagram

A post shared by rizman nordin (@rizman.n)

Terdahulu, Rizman,37, dan Nurida,32, telah selamat mendirikan rumah tangga pada 13 September 2019 dalam sebuah majlis gilang-gemilang bertempat di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur.

Pasangan ini kemudian dikurniakan cahaya mata perempuan iaitu Rizqaa pada 2 September 2020 yang lalu.

The post “Macam Anak Patung!” Kecomelan Anak Rizman Nordin Tawan Hati Peminat Di Majlis Akikah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.