Ads Top

Main Ad

“Mungkin Rasa Puas Dan Hebat Tapi Itu Mentaliti Rendah!” Haqiem Rusli Kesal Sikap Artis ‘Kaki Kecam’ Rakan Seperjuangan

Penyanyi dan juga komposer lagu terkenal, Haqiem Rusli meluahkan rasa kecewa apabila melihatkan ramai selebriti dan juga artis mempunyai sikap suka menghentam rakan seperjuangan yang lain, sama ada sedar ataupun tidak sedar.

Haqiem RusliSumber : Instagram Haqiem Rusli  

Menurut Haqiem, tindakan terbuka yang dilakukan sesetengah selebriti memberi kecaman melampau di media sosial itu tidak patut terjadi kerana mereka sama-sama ‘mencari makan’ di lapangan yang serupa.

Kata penyanyi lagu Adlina Marie ini lagi, seseorang rakan artis itu haruslah menggunakan platform yang tepat jika ingin memberikan teguran atau kritikan mengenai sesuatu isu.

“Semua orang buat silap, tapi apabila seseorang artis itu berada dalam keadaan dia dikecam, kenapa artis lain perlu masuk campur? Kenapa tak hantar mesej terus kepada dia dan tegur? Kenapa perlu hentam? Mungkin anda rasa puas bila dapat twit, dapat RT. Mungkin anda rasa hebat tapi sebenarnya ia mentaliti yang rendah.”

Terdahulu, ramai netizen serta rakan artis telah tampil memberikan teguran mereka yang tersendiri apabila melihatkan ramai orang malahan artis itu sendiri yang terlalu lantang bersuara apabila memberi kritikan terhadap individu, tidak kiralah antara rakan-rakan seindustri atau kepada orang kebanyakan yang telah membuat silap secara terbuka di media sosial.

The post “Mungkin Rasa Puas Dan Hebat Tapi Itu Mentaliti Rendah!” Haqiem Rusli Kesal Sikap Artis ‘Kaki Kecam’ Rakan Seperjuangan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.