Ads Top

Main Ad

“Patutlah Cari Tak Jumpa!” Siti Nurhaliza Baru Perasan Akaun IG Disekat Aishah, Enggan Panjangkan Isu

Kecoh di media sosial apabila penyanyi Aishah didakwa telah menyekat akaun penyanyi tersohor negara di Instagram sehingga ada cakap-cakap yang mengatakan hubungan antara dua personaliti ini berada dalam keadaan tidak baik.

CTDKSumber : Instagram CTDK  

Tampil memperjelaskan isu tersebut, Aishah berkata dia secara tidak sengaja telah menekan butang sekat IG Siti kerana keliru dengan lambakan akaun profil yang sama dengan penyanyi itu.

Advertisement

Manakala bagi pihak Siti Nurhaliza pula, dia enggan memanjangkan isu tersebut kerana dirinya sendiri tidak sempat untuk membelek telefon bimbit semata-mata untuk memeriksa sama ada orang lain telah menyekatnya di media sosial.

Ujar Siti lagi, perkara tersebut bukanlah suatu isu yang besar dan menganggapnya sebagai perkara yang biasa terjadi.

View this post on Instagram

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Apa yang paling penting kata Siti, semua pihak sentiasa saling menghargai antara satu sama lain.

“Bila saya baca (artikel Aishah), baru saya tahu fasal isu ini. Sebelum ini, saya cari pun tak jumpa (IG Aishah).” kata Siti ketika ditemui media baru-baru ini.

Perkembangan lain, Datuk Siti Nurhaliza yang kini sedang hamil lapan bulan baru sahaja melancarkan single dan video klip lagu kanak-kanak terbaru serta produk minuman Beaukids di Skyglass, Cyberjaya.

Single medley klasik Siti 1 mengandungi empat buah lagu berjudul Buai Laju-Laju, Tepuk Amai-Amai, Suriram dan Matahari.

The post “Patutlah Cari Tak Jumpa!” Siti Nurhaliza Baru Perasan Akaun IG Disekat Aishah, Enggan Panjangkan Isu first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.