Ads Top

Main Ad

Pernah Berjumpa Pakar Sakit Mental, Sharifah Sakinah Nekad Pindah Ke Luar Negara Untuk Dapatkan Rawatan

Pelakon dan pengacara, Sharifah Sakinah mengakui bahawa dirinya pernah dibawa bekas suami untuk mendapatkan rawatan sakit mental kira-kira dua tahun yang lalu.

Sharifah SakinahSumber : Instgram Sharifah Sakinah  

Meskipun begitu, Sakinah berasa bersyukur dan lega kerana mendapatkan rawatan awal setelah disahkan doktor dirinya menghidap penyakit Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD).

Advertisement

Perkara itu didedahkan Sakinah menerusi satu program terbaru yang dihoskan oleh Aznil Haji Nawawi iaitu rancangan bual bicara Hard To Heart yang bersiaran pada malam semalam.

“Ketika itu, bekas suami saya yang mula-mula nak bawa saya berjumpa pakar sakit mental, setelah itu, saya lega dan sedar yang sebenarnya saya tidak normal” ujarnya ketika ditemu bual dalam rancangan itu.

Dalam pada itu, pelakon drama Isteri Misteri ini turut memberitahu bahawa dia nekad untuk berpindah ke luar negara dan meneruskan rawatan di sana.

Dia juga khabarnya terpaksa meninggalkan anak tunggalnya hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya yang terdahulu untuk ke luar negara.

All The Best diucapkan buat Sharifah Sakinah!

The post Pernah Berjumpa Pakar Sakit Mental, Sharifah Sakinah Nekad Pindah Ke Luar Negara Untuk Dapatkan Rawatan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.