Ads Top

Main Ad

‘Saya Tahu Apa Kamu Lalui’ – Tunang Sharifah Sakinah Beri Semangat, Janji Susah Senang Bersama

Menerusi program bual bicara, Hard To Heart, pelakon Sharifah Sakinah mengakui dirinya pernah mendapatkan rawatan sakit mental kira-kira dua tahun lalu. Katanya, dia disahkan doktor menghidap penyakit Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD). Dalam bual bicara itu juga, Sakinah berkata dia akan berpindah ke luar negara dan meneruskan rawatan di sana.

BACA: Pernah Berjumpa Pakar Sakit Mental, Sharifah Sakinah Nekad Pindah Ke Luar Negara Untuk Dapatkan Rawatan

Advertisement

Mendapat sokongan penuh daripada tunang, Michael Hansen menerusi hantaran di Instagram menitipkan pesanan dan kata-kata semangat buat Sharifah Sakinah. Dia berkata, tidak semua orang memahami apa yang sudah dilalui pelakon tersebut.

Ujarnya, selama ini dia mengetahui apa yang telah ditanggung Sakinah dan melihat bermacam tohmahan yang dilemparkan orang ramai setiap hati. Disebabkan itu, dia sangat berbangga dengan ketabahan Sakinah di mana tidak semua orang mampu kuat sepertinya.

Malah, Michael juga berjanji akan selalu menyokong Sakinah ketika susah dan senang.

The post ‘Saya Tahu Apa Kamu Lalui’ – Tunang Sharifah Sakinah Beri Semangat, Janji Susah Senang Bersama first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.