Ads Top

Main Ad

‘Semua Ini Berpunca Daripada Netizen..’ – Aishah Mengaku Tak Sengaja Ter-Block IG Siti Nurhaliza

Baru-baru ini, nama Aishah menjadi sebutan di Twitter kerana didakwa telah menyekat Instagram penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Hal ini mula diperkatakan apabila Tokti tidak meletakkan nama Aishah ketika membuat ucapan kepada finalis Anugerah Juara Lagu ke-35.

BACA: TokTi Titip Ucapan Selamat Berjaya Untuk Finalis AJL35, Netizen Persoal Kenapa Tak Tag Aishah Di IG

Advertisement

Terbaru, menerusi laporan Kosmo!, Aishah mengakui tidak sengaja menyekat akaun penyanyi kesayangan ramai tersebut. Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin berkata dia tidak tahu akaun berkenaan milik Siti Nurhaliza.

Semuanya bermulanya masa separuh akhir tempoh hari. Saya ada terbaca kutukan berbakul-bakul orang terhadap saya yang ditulis dalam satu akaun Instagram. Jadi, saya block sahaja Instagram berkenaan.

Senang cerita, nak buat apa pening kepala apabila dalam Instagram itu ramai yang hentam kita.

Penyanyi lagenda ini menyedari dia telah menyekat akaun Siti Nurhaliza apabila ada netizen menghantar pesanan mesej di Instagram.

Advertisement

Apabila dah dekat nak AJL barulah saya perasan ada netizen Direct Messege (DM) kata, ‘janganlah block Siti’ macam itu. Saya periksa betul-betul baru memang ter-block akaun Instagram Siti.

Tetapi saya tahu semua ini berpunca daripada netizen yang ‘tag’ nama saya dan apabila saya baca masa itu, orang terus hentam saya dengan kritikan mereka, saya pun block akaun tersebut. Saya pun keliru sebab banyak sgt Instagram nama beliau (Siti).

Jelasnya, dia memang tidak sengaja menyekat akaun sebenar Siti kerana terkeliru dengan akaun yang menggunakan nama yang sama. Walau bagaimanapun, sebaik menyedari hal tersebut dia segera menekan butang unblock.

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

Malah, menjengah ke akaun peribadi Aishah di Instagram, dia ada menjelaskan kekeliruan yang timbul berhubung isu ini. Hubungannya dengan Siti Nurhaliza juga tiada masalah seperti yang didakwa netizen.

 

The post ‘Semua Ini Berpunca Daripada Netizen..’ – Aishah Mengaku Tak Sengaja Ter-Block IG Siti Nurhaliza first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.