Ads Top

Main Ad

Sharnaaz Ahmad Muat Naik Lagu Sedih, ‘Waiting In Vain’ Di Instagram Story

Spekulasi percintaan Noor Nabila dan Engku Emran akhirnya terjawab apabila mereka telah sah bernikah pagi ini. Berita pernikahan tersebut dimaklumkan sendiri oleh selebriti terkenal, Neelofa apabila beliau memuat naik beberapa video sekitar majlis.

BACA: (TAHNIAH) Noor Nabila Sah Berkahwin Dengan Engku Emran

Advertisement

Meninjau ke ruangan Instagram Story, Sharnaaz Ahmad dilihat memuat naik sebuah lagu bertajuk Waiting in Vain nyanyian Bob Marley & The Wailers. Lagu kegemaran ramai itu mengisahkan mengenai rasa cinta seorang lelaki kepada pasangannya.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada lagu tersebut hanya kebetulan atau ada maksudnya yang tersendiri.

Terdahulu, ketika ditanya mengenai spekulasi perkahwinan bekas isterinya itu, Sharnaaz berkata dia tidak mempunyai sebarang hak untuk bercakap mengenai hal itu. Namun, dia sentiasa mendoakan kebahagiaan buat Noor Nabila.

The post Sharnaaz Ahmad Muat Naik Lagu Sedih, ‘Waiting In Vain’ Di Instagram Story first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.