Ads Top

Main Ad

‘Tak Boleh Itu Salah’ – Netizen Tegur Neelofa Bergambar Diapit Kakak & Abang Ipar

Selebriti terkenal, Neelofa mengundang rasa kurang senang orang ramai selepas memuat naik sekeping foto bergambar dengan kakak dan abang ipar. Dari sisi lain, gambar tersebut menunjukkan Neelofa sedang mengambil ‘wefie’ sambil diapit kedua-dua mempelai.

BACA: “Harapan Agar Nabila Dan Engku Emran Saling Melengkapi” – Neelofa Doa Kebahagiaan Kakak

Advertisement

Di Facebook, seorang penulis iaitu Dr Syahr Musafir menegur tindakan Neelofa yang dianggap tidak bersesuaian lebih-lebih lagi apabila dia sudah berpurdah.

Katanya, adik ipar perlu memahami bahawa abang ipar adalah bukan mahram dan mereka perlu menjaga batas aurat serta pergaulan.

Tambahnya, apabila melihat gambar tersebut dia berasa seseorang perlu menegur perbuatan tersebut adalah salah. Malah, orang terdekat juga perlu memainkan peranan penting.

Dia berpendapat susunan yang betul adalah Neelofa berada di sebelah kiri Noor Nabila supaya lebih terjaga dan dijauhkan fitnah.

Dr Syahr Musafir menjelaskan apa yang ditulisnya adalah untuk peringatan bersama supaya dapat saling mengingatkan ke arah kebaikan. Dia tidak mahu cara bergambar ini dijadikan trend di atas alasan selebriti melakukannya.

The post ‘Tak Boleh Itu Salah’ – Netizen Tegur Neelofa Bergambar Diapit Kakak & Abang Ipar first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.