Ads Top

Main Ad

Tak Sabar Nak Anjurkan Konsert, Namun Noh Salleh Sabarkan Hati, -“SOP Diberikan Agak Tidak Jelas!”

Penyanyi terkenal Noh Saleh daripada kumpulan Hujan mengakui hatinya sudah tidak sabar untuk kembali beraksi dalam sesebuah konsert bersama peminat di luar sana namun dia masih bimbang keberangkalian untuk penonton melanggar prosedur operasi standard (SOP) itu adalah tinggi.

View this post on Instagram

A post shared by Noh Salleh | ? (@mohammadnohbinsalleh)

Advertisement

Manakan tidaknya, Noh beranggapan bahawa SOP serta kebenaran untuk mengadakan konsert masih tidak jelas dan bimbang peminat dan juga kru-kru lain disaman oleh pihak berkuasan.

“Mereka hanya cakap boleh buat konsert dengan mengikut SOP, tapi tidak diperincikan sepenuhnya. Banyak benda yang mereka boleh saman kita bila-bila masa kalau mereka nak..”

Ujar Noh lagi, dia tidak mahu peminat yang hadir menonton sesebuah konsert dianjurkan nanti akan menanggung beban dengan saman yang dikenakan.

“Dahla mereka (peminat) kena bayar bila datang tengok show, selepas itu kena sama pula. Jadi baiklah tunggu dulu sehingga bendanya jelas.” kata Noh yang ditemui media ketika majlis pelancaran Kopstar Got Milk Charity Virtual Run 2021, baru-baru ini.

Perkembangan lain, Noh bakal muncul dengan kumpulan Hujan dengan kaset yang memuatkan lagu-lagu yang dinyanyikan mereka ketika persembahan.

Selain kaset, Hujan juga akan menghasilkan t-shirt khas buat Raingers (peminat) bersama album berkenaan sebagai koleksi untuk peminat setia di luar sana.

The post Tak Sabar Nak Anjurkan Konsert, Namun Noh Salleh Sabarkan Hati, -“SOP Diberikan Agak Tidak Jelas!” first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.