Ads Top

Main Ad

Tak Sangka Ada Bakat Terpendam, Ramai Puji Suara Merdu Raja Ilya

Tidak pernah lekang dengan pelbagai kontroversi, siapa sangka selain berlakon Raja Ilya sebenarnya boleh menyanyi. Menerusi perkongsian video di Instagram, Raja Ilya mengimbau kembali kenangan ketika mempersembahkan single pertama di majlis resepsi.

Menurutnya, dia tidak mempunyai versi penuh video tersebut namun meneka peminat-peminat pasti menyukainya. Walau bagaimanapun, dia tetap berharap ada rakaman penuh lagu itu meskipun sudah lebih setahun berlalu.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)

Video berdurasi 1 minit dan 13 saat ini memaparkan Raja Ilya dalam gaun pengantin mendendangkan lagu dalam bahasa Inggeris sambil memegang tangan suami. Lebih romantik lagi apabila dia tidak lepas pandangan daripada menatap wajah suami tercinta. Sweet!

Di ruangan komen, peminat-peminat memuji kemerduan suara pelakon ini. Mereka tidak sangka rupa-rupanya Raja Ilya mempunyai bakat terpendam.

The post Tak Sangka Ada Bakat Terpendam, Ramai Puji Suara Merdu Raja Ilya first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.