Ads Top

Main Ad

“Tak Undi Macam Mana Nak Menang?”- Floor 88 Tidak Kecewa Tewas Di AJL35 Kepada Zizi Kirana

Penyanyi berkumpulan, Floor 88 berkata mereka tidak kecewa meskipun tewas kepada penyanyi Zizi Kirana dalam kategori persembahan terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-35 yang berlangsung pada hari Ahad lalu.

Floor 88Sumber : Instagram Floor 88  

Meskipun nama kumpulan mereka disebut-sebut sebagai pemenang kategori tersebut, Eric Fuzi selaku pemain Keyboard Floor 88 berkata itu semua hanya ramalan peminat semata-mata.

Advertisement

Tambahnya, jika mahukan mereka menang pada malam itu, peminat haruslah menghantar undian yang ditentukan ke atas penonton.

View this post on Instagram

A post shared by Floor 88 (@floor88band)

“Pemenang Persembahan Terbaik ditentukan berdasarkan undian penonton. Jadi sekiranya mereka rasa persembahan kami terbaik dan mantap semalam, kenalah hantar undian. Apatah lagi semua finalis bertanding di AJL35 itu dilihat membuat persembahan yang terbaik.”

Jelas Eric lagi, seni adalah sesuatu yang subjektif dan mempunyai pelbagai variasi. Jadi baginya meramal sahaja tidak memadai namun perlulah mengundi jika mahu sesuatu artis atau penyanyi itu memenangi sebarang trofi berdasarkan undian penonton.

Advertisement

Dia juga sempat meluahkan rasa syukur kerana persembahan Floor 88 pada malam itu tidak mendapat kecaman daripada penonton.

View this post on Instagram

A post shared by Floor 88 (@floor88band)

“Saya bersyukur persembahan Floor 88 tidak dikecam netizen. Menang, kalah adat bertanding dan kami terima dengan rela hati untuk menjadi pembakar semangat pada masa akan datang.”

Selain Eric, Floor 88 turut dianggotai Ayie Ilham selaku vokalis, Achoi (gitar utama), Falique (bass), Amir (gitar kedua) dan Akram (dram). Mereka telah berentap di pentas AJL35 dengan menyampaikan lagu berjudul Hutang hasil ciptaan Zai Hamzah dan Achoi Floor 88.

Terdahulu, Floor 88 pernah menjadi perbualan hangat antara netizen apabila ada yang mempersoalkan kelayakan di mana ada yang berpendapat bahawa terdapat artis lain yang lebih layak bertanding di pentas AJL berbanding kumpulan mereka.

The post “Tak Undi Macam Mana Nak Menang?”- Floor 88 Tidak Kecewa Tewas Di AJL35 Kepada Zizi Kirana first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.