Ads Top

Main Ad

“Takkan La Stesen TV Nak Ambil Pelakon Kayu..” Mawar Rashid Bidas Kenyataan ‘Instafamous’ Tak Layak Jadi Pelakon

Sebelum ini kecoh seketika di media sosial apabila pelakon Izara Aishah yang merasakan bahawa stesen televisyen lebih cenderung untuk memilih selebriti media sosial seperti ‘Instafamous’ untuk membintangi drama terbitan mereka kerana faktor bayaran yang lebih murah.

Mawar RashidSumber : Instagram Mawar Rashid  

Ternyata selain netizen berpusu-pusu memberikan pendapat, perkara tersebut turut mendapat perhatian pelakon Mawar Rashid.

Advertisement

Menerusi satu hantaran komen di Instagram portal berita , Mawar memberi pendapat di mana terdapat beberapa faktor pihak produksi memilih Instafamous sebagai pelakon dan salah satu sebabnya adalah ingin menaikkan jumlah tontonan memandangkan personaliti media sosial ini mempunyai ramai peminat.

Komen Mawar RashidSumber : Instagram mStar Online  

“Rasanya sebab macam itu cara untuk naikkan penonton sebab instafamous ini ramai peminat. Sekarang banyak production buat uji bakat dahulu untuk instafamous sebelum terima berlakon.”

Menurut Mawar lagi, dalam hal ini dia merasakan bahawa pihak stesen TV lebih mengetahui dan arif tentang apa yang terbaik untuk mereka. Ujarnya, pihak produksi juga sudah bijak memilih pelakon yang benar-benar layak untuk tampil dalam mana-mana terbitan mereka.

View this post on Instagram

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

“Takkan la stesen televisyen main ambil orang yang betul-betul kayu?” tambah pelakon yang pernah memenangi Pelakon Wanita Filem Popular ABPBH ke-33 pada tahun lalu.

Dalam pada itu, Mawar turut memberi nasihat kepada bakat-bakat baharu yang telah ditawarkan untuk berlakon agar menggunakan peluang itu dengan sebaik-baiknya.

The post “Takkan La Stesen TV Nak Ambil Pelakon Kayu..” Mawar Rashid Bidas Kenyataan ‘Instafamous’ Tak Layak Jadi Pelakon first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.