Ads Top

Main Ad

(TAKZIAH) Bapa Pelawak Achey Bocey Meninggal Dunia Malam Khamis Lalu

Pelawak kumpulan Bocey, Achey mengumumkan bahawa dia telah kehilangan bapa tersayang apabila telah disahkan meninggal dunia di Hospital Segamat, Johor, lewat malam semalam.

AcheySumber : Instagram Achey  

Khabar duka tersebut dikhabarkan sendiri oleh pelawak tersebut menerusi sebuah hantaran di laman sosial Instagramnya kira-kira jam 11 malam, khamis lalu.

Advertisement

Dia yang dihubungi media berkata, bapanya merupakan seorang insan yang sangat baik dan bertanggungjawab ketika hayatnya.

“Abah adalah seorang yang sangat-sangat bertanggungjawab dan sangat baik. Abah, baik..abah baik.” ujarnya dalam nada sebak.

Dalam pada itu, Achey yang kini sedang terlibat dalam program Muzikal Lawak Superstar bersama kumpulan Mashuk sempat mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan serta sahabat media sosial yang tidak putus-putus mengucapkan takziah.

Terdahulu, Achey turut kehilangan bapa mentuanya ketika sedang bertanding dalam program lawak berkenaan.

Takziah diucapkan buat Achey sekeluarga di atas kehilangan insan tersayang.

The post (TAKZIAH) Bapa Pelawak Achey Bocey Meninggal Dunia Malam Khamis Lalu first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.