Ads Top

Main Ad

“Tipulah Kalau Kata Tiada Perselisihan Faham” – Ernie Zakri Dan Syamel Akui Hadapi Dugaan Bertunang

Rasanya sesiapa yang pernah melalui fasa bertunang, pasti tidak terlepas daripada pelbagai dugaan yang tidak dijangka. Meskipun sudah bersedia untuk berumah tangga, banyak juga halangan yang dilalui sama seperti pasangan Ernie Zakri dan Syamel.

BACA: Sudah Tidak Lama, Ernie Zakri Dan Syamel Bakal Bernikah Hujung Bulan Ini?

Advertisement

Pasangan ini mengakui mereka turut melalui cabaran sejak bertunang pada Ogos tahun lalu. Bahkan mereka pernah bercanggah pendapat terutamanya daripada aspek karier sejak sebelum bergelar tunangan lagi.

“Masing-masing kena profesional, antara cabaran selepas bertunang yang kami lalui juga ketika kami bekerja. Jujur saya katakan, kami kerap bercanggah pendapat, tipulah kalau tiada langsung selisih faham.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @erniezakri

Advertisement

Walaubagaimanapun, Ernie meluahkan rasa syukur kerana perselisihan faham tersebut masih lagi boleh dikawal oleh mereka.

“Apapun, syukur Alhamdulillah kerana semuanya terkawal, bab salah faham, bercanggah pendapat tu bukan dengan tunang saja kita alami. Malah, perkara begitu sering berlaku antara adik beradik dan rakan-rakan.”

Tambah Syamel pula, setiap manusia pastinya akan menghadapi dugaan dan ujian daripada Allah SWT tambahan pula apabila sedang berdarah manis.

“Jadi sebagai umat Islam, mendirikan masjid itu satu perkara yang murni dan sangat baik, memang kadang-kadang akan ada anasir jahat cuba merosakkan niat itu.”

ernie zakri dan syamel

Namun Ernie dan juga Syamel masih lagi baik-baik sahaja memandangkan mereka sangat menghormati antara satu sama lain dan tahu menjaga batas masing-maisng.

Tak sabar betul nak tengok pasangan ini naik ke jinjang pelamin kan?

The post “Tipulah Kalau Kata Tiada Perselisihan Faham” – Ernie Zakri Dan Syamel Akui Hadapi Dugaan Bertunang first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.