Ads Top

Main Ad

Tular Foto Di Media Sosial, Elizabeth Tan Sudah Berkahwin?

Tular pagi ini di media sosial apabila sebuah foto memaparkan penyanyi Elizabeth Tan dan seorang jejaka sedang berada di altar untuk upacara perkahwinan.

Elizabeth TanSumber : Instagram Elizabeth Tan  

Foto tersebut dilaporkan telah dimuat naik sendiri oleh bapa kepada penyanyi lagu Knock Knock itu menerusi sebuah hantaran di Facebook miliknya.

Advertisement

Meninjau ruangan komen Facebook David, ramai kenalan dan juga peminat tampil mengucapkan tahniah di atas perkhabaran gembira itu.

Manakala di Instagram milik Elizabeth Tan, masih tiada perkembangan terkini mengenai perkahwinannya itu dimuat naik untuk perkongsian bersama peminat.

Apa-apapun, jika benar berita ini, pihak BeautifulNara ingin mengucapkan  tahniah buat Elizabeth Tan dan suami!

The post Tular Foto Di Media Sosial, Elizabeth Tan Sudah Berkahwin? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.