Ads Top

Main Ad

(Video) “Buaya Hijau…” Comel, Cara DJ Ini Ajar Anak Buat ‘Voice Over’ Bikin Terhibur

Dalam mana-mana produksi, suara latar adalah elemen penting yang berperanan menghidupkan penyampaikan kandungan melalui skrip.

Bagi penerbitan kartun animasi misalnya, suara latar itulah yang ‘membacakan’ semula skrip seperti yang dikatakan oleh watak-watak tersebut.

Manakala jika hebahan atau iklan pula, suara latarlah yang menjadi subjek kedua kandungan selepas visual. Apabila orang menonton sesuatu iklan, orang akan faham apa yang iklan tersebut mahu ‘sampaikan’.

Seperti yang kita ketahui, antara penyampai suara latar terkenal di negara ini ialah Khairul Anuar Azmi. Kita boleh mendengar ‘celoteh’ suaranya beraksi di hadapan mikrofon melalui Instagram @nuar_storyteller.

Manakala bagi negara jiran pula, antara penyampai suara latar yang popular di Indonesia ialah Bumo Kusumo Yudo. Bumo merupakan seorang penyampai radio di Radio Indika.

Baru-baru ini, Bumo berkongsi rakaman video bagaimana dia ‘mewariskan’ teknik-teknik memainkan suara latar kepada anak kecilnya. Malah jelasnya, situasi sebegitu juga turut sama pernah dilakukan ayahnya sewaktu dia kecil dahulu. Jom tonton video ini.

Sumber: Twitter Bimo Kusumo Yudo / Instagram Khairul Anuar Azmi

The post (Video) “Buaya Hijau…” Comel, Cara DJ Ini Ajar Anak Buat ‘Voice Over’ Bikin Terhibur appeared first on Siakap Keli.




Powered by Blogger.