Ads Top

Main Ad

(Video) Bukan Rezeki, Peniaga Sedih Meja Patah & Air Balang Semua Tumpah Tak Sempat Jual

Dalam meniaga, terkadang ada sesuatu yang tidak terjangka berlaku walaupun persediaan yang sebaiknya telah dilakukan.

Namun, kegigihan peniaga-peniaga sama ada di pasar malam atau pasar tani sememangnya perlu dipuji kerana mereka tidak berputus asa walaupun ada ujian yang datang menerpa.

Menerusi satu video yang tular di TikTok, seorang peniaga di pasar tani meluahkan kesedihan apabila empat balang air yang belum lagi sempat dijual olehnya tertumpah.

Video yang dimuatnaik oleh pengguna TikTok bernama Ameer itu memperlihatkan meja jualannya terbalik

@bangmer__

lagu sedih sangat plk. 😅😅#fyp #fypシ

♬ original sound – bangmer_ – bangmer_

Menurut Bangmer, dia yang meniaga di Pasar Tani Gelung Pepuyu, Perak, merasa sedikit kecewa kerana ibunya telah bersusah payah untuk membuat air itu.

Pun begitu, dia dan keluarganya tetap tidak berputus asa dan meneruskan jualan makanannya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan agar Ameer terus dimurahkan rezeki.

Sumber: Bangmer

The post (Video) Bukan Rezeki, Peniaga Sedih Meja Patah & Air Balang Semua Tumpah Tak Sempat Jual appeared first on Siakap Keli.




Powered by Blogger.