Ads Top

Main Ad

(Video) Diberi Masa 48 Jam, Kakitangan Kedutaan Korea Utara ‘Berkemas’ Keluar Dari Malaysia

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Kakitangan Kedutaan Korea Utara dilapor telah meninggalkan premis kedutaan dengan bas sewa khas dan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 11 pagi tadi.

Difahamkan, pegawai dan keluarga kedutaan yang tiba di KLIA pada 11.45 pagi tadi mendaftar masuk bagi urusan penerbangan pulang ke Korea Utara.

Warga kedutaan tersebut pulang semula ke negara asal selepas menerima arahan meninggalkan negara ini dalam masa 48 jam, ekoran keputusan Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia baru-baru ini, memetik laporan BERNAMA.

Arahan itu dikeluarkan secara rasmi oleh Kementerian Luar dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Berita lanjut menyusul.

 

Sumber: BERNAMA

The post (Video) Diberi Masa 48 Jam, Kakitangan Kedutaan Korea Utara ‘Berkemas’ Keluar Dari Malaysia appeared first on Siakap Keli.




Powered by Blogger.