Ads Top

Main Ad

(Video) Gadis Buat Kejutan, Hadiahkan Anugerah Dekan 5 Sem Berturut-turut Buat Ibu Ayahnya Gembira Tak Terkata

Tiada apa yang lebih bermakna buat ibu bapa selain melihat anak-anak berjaya dalam kehidupan.

Salah satu momen yang paling diimpikan juga adalah untuk melihat anak mengenggam segulung ijazah dengan keputusan yang cemerlang.

Menerusi video yang dimuatnaik Elyana Shaheera di TikTok, dia berkongsikan detik ketika menghadiahkan keputusan cemerlang kepada ibu bapanya.

Dibungkuskan dalam kotak, ibu bapanya masing-masing menerima sekeping kertas yang menunjukkan Elyana mendapat dekan untuk lima sem berturut-turut.

@itsurgurlelle

Alhamdullilah berjaya dapat dekan for every 5 sem dan manage jugak dapat Anugerah Naib Canselor just untuk my parents happy 🥰❤

♬ original sound – urgurlelle ♡ – urgurlelle ♡

Elyana yang merupakan pelajar jurusan Analisis Pelaburan di UiTM Segamat, Johor, juga berjaya mendapat Anugerah Naib Canselor.

Menurutnya, dia nekad untuk belajar bersungguh-sungguh demi melihat ibu bapanya bahagia.

Lebih bermakna, kejutan itu juga adalah sempena ulang tahun perkahwinan ibu bapanya.

Kegembiraan yang terpancar di wajah kedua ibu bapanya memperlihatkan bahawa mereka sangat berbangga dengan Elyana.

Momen mengharukan itu juga memperlihatkan Elyana sebak dan menangis.

Menjengah ke ruang komen, ramai yang berharap agar mampu menghadiahkan kejayaan yang serupa buat ibu bapa masing-masing.

Sumber: itsurgurlelle

The post (Video) Gadis Buat Kejutan, Hadiahkan Anugerah Dekan 5 Sem Berturut-turut Buat Ibu Ayahnya Gembira Tak Terkata appeared first on Siakap Keli.




Powered by Blogger.