Ads Top

Main Ad

(Video) Menakutkan, Langit Beijing Bertukar Oren Selepas Dilanda Ribut Pasir

Ribut pasir dilaporkan telah membuatkan langit di Beijing bertukar menjadi warna oren yang kelihatan sangat ‘menakutkan’.

Menurut The Guardian, keadaan itu juga diburukkan dengan pencemaran udara yang sememangnya berlaku di negeri itu.

Indeks kualiti udara mencatatkan penilaian berbahaya iaitu 999 pada Isnin.

Pihak berkuasa meteorologi China mengeluarkan tahap amaran tertinggi kedua sejurus sebelum 7.30 pagi sehingga tengah hari.

Amaran yang lebih luas bagi pasir dan debu yang bertiup dari kawasan gurun barat pula berlanjut sehingga Selasa pagi.

Ketika realtime air quality index (AQI) Beijing menunjukkan bacaan sebanyak 999, Tokyo pula mencatatkan sebanyak 42, Sydney 17 dan New York 26.

Hong Kong dan Taiwan pula mencatatkan bacaan sederhana iaitu masing-masing sebanyak 66 dan 87.

Tahap PM2.5 iaitu zarah pencemaran udara kecil yang ‘menyusup’ ke paru-paru, dicatat melebihi 600 mikrogram di kebanyakan bandar.

Menurut media tempatan, ribut pasir yang ditiup dari Mongolia memperlihatkan zarah PM10 yang lebih besar iaitu melebihi 8,000 mikrogram.

Sekurang-kurangnya 341 orang dilaporkan hilang di negara jiran Mongolia yang juga dilanda ribut pasir.

Sumber: The Guardian

The post (Video) Menakutkan, Langit Beijing Bertukar Oren Selepas Dilanda Ribut Pasir appeared first on Siakap Keli.




Powered by Blogger.