Ads Top

Main Ad

(Video) Pokok Nangka ‘Tumbuh’ Dalam Rumah Sampai Tembus Bumbung, Pemuda Terpaksa Sapu Daun Selalu

Tinggal di kampung sememangnya sangat menyeronokkan, bukan sahaja boleh mendapatkan ketenangan tetapi juga dapat menikmati buah-buahan yang dipetik fresh dari pokok.

Kebiasaannya, pokok-pokok tersebut akan ditanam berdekatan dengan halaman rumah.

Pun begitu, berbeza pula dengan pemuda ini yang mempunyai pokok nangka di dalam rumah.

Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, pokok nangka itu dilihat berbuah dengan elok di suatu sudut di dalam rumah tersebut.

@ardiners12

Merekahhhh

♬ original sound – Wandra Restusiyan – Wandra Restusiyan

Pemuda yang berasal dari Indonesia itu dilihat sedang membersihkan lantai di sekitar pokok itu.

Buah nangka juga sudah merekah dan menyebabkan getahnnya menitik di atas lantai.

Dalam satu video yang lain pula, pemuda tersebut berkongsi pandangan pokok nangka itu dari atas atap rumahnya.

@ardiners12

Ngebolang di atas rumah checkk

♬ Bocah Petualang Instrumental by Fasyay – Dincup🐸

Ramai yang bagaikan tidak percaya melihat pokok tersebut serta ada yang mengusik bahawa mungkin ia menjadi tempat ‘Cik Ponti’ bergayut.

Ada juga yang mengatakan bahawa ia merupakan ‘taktik’ agar tiada orang yang mencuri buah nangka itu.

Sumber: Ardiners12

The post (Video) Pokok Nangka ‘Tumbuh’ Dalam Rumah Sampai Tembus Bumbung, Pemuda Terpaksa Sapu Daun Selalu appeared first on Siakap Keli.




Powered by Blogger.