Ads Top

Main Ad

“Yang Sakit Hati Dengan Saya, Jangan Risau I Wont Be Here Forever..” – Aishah

Penyanyi senior, Aishah menerusi sebuah hantaran di Instagramnya berkata, dia akan berhenti melibatkan diri dalam dunia seni usai saja hajat dan impiannya tercapai dalam bidang nyanyian yang diceburinya kini.

Aisyah Sumber : Instagram Aishah  

Ujar Aishah, dia kini tidak mahu lagi menghiraukan kata-kata serta komen negatif daripada segelintir individu dan hanya ingin memberikan sepenuh tumpuan kepada kerjayanya sebagai penyanyi.

Advertisement

Dalam pada itu, Aishah berkata dia mempunyai beberapa perkara untuk dilunaskan sebelum berundur daripada dunia seni tempatan.

“Hidup mesti diteruskan, buat sementara ini I akan terus berkarya dan menyanyi. Yang sakit sangat hati dengan kehadiran I dalam industri ini jangan risau, saya tak selamanya disini. Ada beberapa perkara yang I terpaksa lunaskan sebelum berundur diri..”

Penyanyi lagu popular era 90-an Janji Manismu ini juga memberitahu bahawa karya yang dipersembahkan haruslah menyenangkan hati pendengar serta menghiburkan dan bukanlah medium untuk menyebarkan kebencian sesama insan.

“Berkarya hanya bila ianya menyenangkan dan menghiburkan hati. Seni muzik halwa telinga sepatutnya memberikan kegembiraan kepada yang mendengar.” tulisnya di Instagram.

Terdahulu, Aishah merupakan antara salah seorang daripada barisan finalis di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL) yang membawa lagu Aku Bidadari Syurgamu menggantikan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

The post “Yang Sakit Hati Dengan Saya, Jangan Risau I Wont Be Here Forever..” – Aishah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.