Ads Top

Main Ad

10 Tahun Menanti, Azmi Caliph Buskers Bakal Timang Cahaya Mata Pertama

Vokalis kumpulan Caliph Busker, Azmi Saat mengumumkan sebuah khabar gembira di mana dia dan isteri bakal menimang cahaya mata pertama setelah hampir 10 tahun menanti.

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by Azmi Saat (@azmi_saat)

Berita tersebut dikongsi Azmi usai sahaja kumpulan Heart dalam Muzikal Lawak Superstar musim ke-2 (MLS2) yang dianggotainya itu dinobatkan sebagai juara dalam program tersebut.

Ujar Azmi, berita mengenai kehamilan tersebut sebenarnya sudah diketahui sejak dua bulan yang lalu namun enggan menghebahkannya lagi kerana kadungan masih awal.

View this post on Instagram

A post shared by Azmi Saat (@azmi_saat)

Advertisement

“Alhamdulillah, kini kandungan isteri saya dah memasuki usia empat bulan. Sebenarnya isteri saya pernah hamil pada tahun kelapan perkahwinan kami. Tapi tak sampai dua bulan gugur, Tak ada rezeki. Namun, saya bersyukur kerana Allah kurniakan kami nikmat sekali lagi untuk rasa tahun ini.”

Dia dalam pada itu sempat menceritakan detik cemas ketika isterinya dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas ketika dia sedang membuat latihan untuk final MLS2 pada hari Khamis yang lalu.

View this post on Instagram

A post shared by Azmi Saat (@azmi_saat)

Dia dalam pada itu turut merasa tersentuh kerana gandingannya iaitu Danial dan Ezad Exist sanggup tunggu bersamanya ketika berada di hospital.

Terdahulu, pentas final MLS2 telah menyaksikan kumpulan Heat dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000 berserta trofi kemenangan.

The post 10 Tahun Menanti, Azmi Caliph Buskers Bakal Timang Cahaya Mata Pertama first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.